Kalau Bukan Kerana Kau Sahabat...
Aku hanyut dalam sandiwara dunia.
Solatku hanyalah ibadah yang aku permainkan.
Pandanganku hanya berlapiskan logik keseronokan.
Nafsuku raja menguasai iman.
Kalau Bukan Kerana Kau Sahabat...
Amanah yang diberi hanya kubuat mainan.
Iman semakin menipis.
Masa depanku kian gelap dimamah kelam.
Tidak kukenal siapa itu Maulana.
Penggilan Tok Guru menjadi asing.
Akhirat jadi taruhan.
Dunia kuletak dihati.
Ghaib kuletak dikaki.
Bukan niat buka pekung didada.
Jauh skali menghina diri.
Ingin sekali kusangjung sekumpulan insan.
Yang kupanggil SAHABAT.
Meniti masa susah perit bersama.
Mengayuh keluh menggapai impian.
Impian yang jauh. Namun Allah dekatkan.
Kerana hati-hati kalian itu lembut. Cukup lembut ditembusi hidayah Allah.
Jauh sekali hati aku. Sekeras batu bertaburan di bumi.
Andai hari esok masih ada, kalian tetap sahabat sejati.
Andai hari ini masih bersisa, hanya terima kasih yang mampu kulafaz.
Andai kiamat menjelang esok, engkau sahabat sepanjang hayat.

No comments:
Post a Comment