Ukhwah Fillah

Wednesday, April 17, 2013

AKAN KUTERUS KETUK PINTU TUHANKU





akan ku terus ketuk pintu TUHANku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMu,
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

akan  kuterus ketuk pintu TUHANku
sekalipun tanganku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana kutahu...
TUHANku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala

akan kuterus ketuk pintu TUHANku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNya, DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala...
namun DIA YANG MAHA MULIA
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan kuterus ketuk pintu TUHANku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih.

Friday, March 29, 2013

Dari Hamba Untuk Hamba

Baru diuji sedikit mengeluhnya panjang.
Baru dipuji sedikit riaknya menjulang.
Bila susah bertandang cepat saja berputus asa.
Bila senang menerpa kau lupa berian siapa.
Megahnya kau tika berjaya.
Sehingga terlupa pengorbanan ibubapa.
Kenanglah jasa mereka.
Selagi mereka masih bernyawa.

Monday, February 4, 2013


Dalam sibuk kita gembira , pasti ada yang berduka .

aku datang tidak diundang ,
aku datang bukan untuk menentang ,
aku datang sebab mahu berjuang ,

JPM lama pergi , JPM baru berganti .
JPM lama begitu , JPM baru begini .
tak pernah terlintas untuk meninggalkan JPM
tapi apakan daya sudah suratan takdir.

takdir kita di pertemukan bersama ,
atas dasar setia kawan KU bawa KAMU semua
duduk bersama , bangun bersama ,
untuk melihat semua yang benar dan nyata .

orang memberi kita merasa ,
tak pernah pula kita binasa ,
orang memaki kita bersahaja ,
orang mencaci kita terus dibela .

rafi insan yang cukup mulia
semua kawan dianggap SAHABAT
banyak membantu meringankan beban di KANAN
kerja yang berat kembali ringan .

farha JPM terbaik kali ini ,
pencapaian membanggakan seluruh JPM ,
setia disisi , menitip laporan
semua kerja dia boleh lakukan

linda senyum kelihatan bersahaja
meringankan beban akak setiausaha
kerja diberi disettle segera
kualiti no satu , kuantiti no dua .

nabil membawa perubahan yang besar ,
mencipta sebuah TREND yang sebenar
kebajikan pelajar keutamaan dirinya
kasih sayang yang DALAM dirasa SEMUA .

hanisah cakap memang slow
kalau kerja mesti ikut flow
orangnya baik , budi pekerti
sejuk dimata , damai dihati .

oman ibarat seorang pahlawan
kerjanya bagus tak siapa boleh lawan
berbakat besar berjiwa kental
dalam kata , semangat terasa .

fakhrul sahabat yang mengejutku TIDUR
budi nya baik , jasa tak terkira
banyak memberi idea berguna ,
semoga Allah sentiasa memudahkan urusannya

acap badang sungguh perkasa
bermula dibawah kini dipuncak
bakat yang ada bukan hanya dipadang
wajah sukan MFI kembali menyinar

asrul pendatang baru yang muda
bakat memimpin menyerlah daripada biasa
orang nya SUPER dimana-mana
jangan disiakan BAKAT yang ada .

noor sering buat kita tertawa
lawaknya segar berwajah selamba
jarang sekali melontar kata
sekali berkata semua jadi gila

syakirin hebat dalam berniaga
niat sebenar tak siapa boleh menduga
banyak membantu usahawan2 muda
untuk terus maju dan berjaya

kini itu semualah kenangan
yang akan kita kenang sampai bila2
seronok bekerja , stress bersama
ada jodoh kita berjumpa

aku hanya insan biasa
tak pernah marah apa lagi memcerca
presiden dan ketua hanyalah title
semangat KELUARGA rahsia berjaya

pemimpin sebenar bukanlah aku
niat menjadi presiden hanya untuk menyatu
matlamat dikejar hanyalah satu
melihat JPM kekal BERSATU

airmata pasti tidak boleh dibeli
bertemu pasti , berpisah pun pasti
jasa kamu semua akan terus ku kenang
bercerai tidak , bergaduh jangan .

bukan mudah meninggalkan JPM
2 tahun berjuang 2 tahun berperang
kuharap pasti ada yang sudi menggantikan diri ini
terus berjuang mencurah bakti .

Sunday, January 13, 2013

Tahun Baru, Cabaran Baru... Semoga Nafas Baru

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, setelah SETAHUN tidak bertinta, hari ini, saat ini, Allah beri sedikit lagi ruang dan waktu untuk terus menulis di atas jalan-Nya.

Kata orang, menulis bukanlah untuk menunjuk mampu tapi ingin mencetuh mahu agar diri ini terus dan sentiasa bergerak menggapai redha-Nya. Tahun 2012 sudah selamat melabuhkan tirainya. Kini tahun 2013 membuka jendela. 'TAHUN BARU, CABARAN BARU.... SEMOGA NAFAS BARU."

Sekian sahaja untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi di ruang masa yang lain. Kata orang lama, "tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan."

Salam selamat buat semua.

Saya sayang kalian!!