Ukhwah Fillah

Wednesday, April 17, 2013

AKAN KUTERUS KETUK PINTU TUHANKU





akan ku terus ketuk pintu TUHANku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMu,
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

akan  kuterus ketuk pintu TUHANku
sekalipun tanganku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana kutahu...
TUHANku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala

akan kuterus ketuk pintu TUHANku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNya, DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala...
namun DIA YANG MAHA MULIA
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA TUHAN AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan kuterus ketuk pintu TUHANku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih.

No comments:

Post a Comment