Ukhwah Fillah

Monday, July 30, 2012

Nafas Baru


Jam 10 malam. Usai solat terawih berjemaah di surau. Sekali lagi memikul amanah sebagai imam. Hanya lapan rakaat yang terdaya di surau. Selebihnya sambung di bilik. Sampai berapa, sampai kudrat tulang empat kerat ini mampu, selagi Allah izinkan.

Malam ini malam penentu. Bukan terawih menjadi bicara. Bukan kisah cuti semester menjadi cerita. Tapi perjuangan esok yang yang menjadi tumpuan.
 Jika semalam aku gagal dalam sesuatu, perjuangan esok penebus kegagalan lalu. Bangkit dari terjatuh. Bukan sekadar terjatuh, kali ini tersembam. Muka mencium tanah dasar kegagalan.

Hanya perlu pejam mata. Wajah mama dan papa bermain di tubir mata. Wajah yang mengharapkan segunung harapan. Jelas di bahu ini terpikul bebanan keluarga yang mengharapkan Sang Abang membawa pulang secebis kejayaan dunia.

Moga malam ini menjadi muhasabah buat diri dan juga teman seperjuangan. Andai semalam kita terjatuh ketika bertatih, hari ini jangan takut untuk takut ketika berjalan. Kerana setiap kali kita terjatuh itulah yang membawa paradigma momentum buat jiwa yang dahagakan kejayaan dunia akhirat.

INSYAALLAH, KALI INI PASTI BOLEH!!!

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.
Mama,restuilah perjuangan anakmu ini.
Kamu, tunggu saya.

No comments:

Post a Comment