Ukhwah Fillah

Tuesday, April 17, 2012

Hijrah Yang Belum Lengkap

Bagaimana matahari dan bulan saling bertukar wajah pada sang bumi, usia meningkat tiada henti.
Pengalaman lalu pahit. Sangat pahit untuk ditelan. Namun digagahi jua walau sepahit hempedu.
Bukan kerana terpaksa mengambil, adat menerima bila orang memberi. Andai kata lunak dibicara, isinya belum tentu manis dijamah fikiran apatah lagi hati. Adat memberi itu pada yang tiada. Adat menerima kiranya sudi. Diri bukan sempurna insan hebat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Juga bukan jaguh dilambung kampung. Hanya insan biasa yang banyak khilafnya. Insan juga hamba yang menangis pada Tuhan yang sama kiranya. Tuhan yang Esa itu Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

Andai terguris hati ditegur, usah mengadu pada air mata kerana sahabat itu sentiasa ada. Tapi yang lebih pasti Allah itu peneman setiap ketika.  Saat diri lemah melangkah, kupohon rangkulanmu wahai sahabat, agar aku tidak rebah dek tersadung di akar kesesatan lampau. Usah kau biarkan aku terus hanyut lena dibuai mimpi siang yang nyata hanyalah fantasi. Aku bukan bermadah indah, hanya kata-kata yang memberi kesan pada hati yang semakin rapuh.

Bila aku sudah tiada, ingatlah bahawa setiap pautan aku padamu tersimpan sejuta kebaikan yang Allah simpan untukmu wahai sahabat. 

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT. MOGA ALLAH KEKALKAN KITA NIKMAT IMAN.
Agar kita merasai kemanisan ukhwah keranaNya.



*Uhibbuka fillah :')

No comments:

Post a Comment