Ukhwah Fillah

Tuesday, February 28, 2012

Tarbiyah Istikharah Dari Allah


Hebatnya kuasa istikharah itu,
Apabila manusia mula meragui,
Ujian perit di bahu,
Masalah atau Amanah.
Ujian dan duagaan...

 Sengaja Allah beri.
Nak lihat kita..
Kita yg jd hambaNya..


Sungguh ujian Allah itu amat hebat.
Tersemat di dalamnya
Tarbiyah yang mematangkan diri.

Andai tersungkur di tengah landasan iman,
Ingatlah bahawa
Allah nak ajar sesuatu
Belajar untuk bangun sendiri
dengan hati yang menjerit,
"Ya Allah, aku masih ada Engkau. Bantulah aku!!.."

Kadangkala, Allah beri dugaan,
kerana Allah rindukan tangisan kita,
Air mata yang tumpah di tengah malam
Menitis di sejadah tahajjud
Air mata itulah yang bernilai
Buat menyiram api neraka...

Kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.




*pejam mata. renung iman dalam diri. sejauh mana pergantungan kita terhadap Allah.

No comments:

Post a Comment