Ukhwah Fillah

Thursday, February 23, 2012

Biasakan Yang Biasa

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.W.T


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.


"Sesungguhnya, barang siapa yang mengamalkan sunnahku pada zaman fasyak dan mungkar, akan beroleh pahala syahid."
[Hadith]

Renung-renungkanlah. Para sahabat dahulu perlu mengangkat senjata. Isteri terpaksa menjadi janda. Ibu bapa kehilangan anak. Anak-anak terpaksa menjadi yatim. Demi mengejar martabat syahid di sisi Allah S.W.T.

Maka, dengan kelebihan umat Rasulullah S.A.W kini, masih 'demand' lagikah untuk mengamalkan sunnah baginda? Tepuk dada tanya iman masing-masing.

No comments:

Post a Comment