Bismillahirrahmanirrahi.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
In The Name Of Allah The Most Gracious And Most Merciful.

Assalamualaikum et Bonsoir
Ya Allah,
Pemilik hati ini.
Saat hati tertaut dengan hambaMu,
Kau peliharalah kami.
Agar tak ternoda hati ini,
Untuk kecintaan kepadaMu.
Ya Rahman,
Saat kau menguji keikhlasan hati,
Terselit sedikit riak di wajah kegembiraan.
Ya Rahim,
Ku redha dengan takdirku.
Andai benar dia yang kau ciptakan untukku,
Maka Kau permudahkanlah.
Jauhilah kami dari bibit maksiat dan zina.
Agar aku beroleh manfaat berkeluarga kelak.
Supaya aku bisa menjadi khalifah buat mereka,
Buat zaujah dan zuriat tercinta.
Moga kekal di akhirat kelak.
Ya Khaliq,
Andai dia bukan Kau takdirkan untukku,
Kau jauhkanlah hati ini darinya.
Moga-moga menjadi pendinding akhlakku,
Moga tak menjadi fitnah buat agamaku.
Moga terpelihara maruah keluargaku.
Moga beroleh redha daripadaMu.
Ya Rabbul 'Izzati,
Jika benar aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Jika hilang cintanya padaMu,
Maka kau hilangkanlah cintaku padanya,
Agar kami tak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu.
Ya Muhaimin,
Jika benar aku kau pilih menjadi imamnya,
Kuatkanlah hatiku,tabahkanlah jiwaku.
Agar aku punya pendirian yang teguh.
Cukup teguh membina keluarga.
Memimpin itu kupandang sebagai amanah.
Kerana itu yang Kau persoal di hari Kiamah.
Aku seorang hamba.
Juga seorang lelaki.
Takdirku menjadi pemimpin.
Juga seorang imam.
Kelak, akulah IMAM buat isteri dan anak-anakku.
Akulah yang bakal memimpin mereka.
Demi menggapai redha Illahi.
Mencari mardhatillah.
Mengintai cahaya rahmat.
Agar hidupku bertambah berkat....
Amiin....
Mengharap penuh harapan. :)
amin ya rabbal al amin
ReplyDelete