Ukhwah Fillah

Friday, December 30, 2011

Bila Rindu Mencengkam, Air Mata Itu Murah

Assalamualaikum w.b.t et Bonsoir...

6hb Ogos 2000
Ahad 6.45 pagi
Pekan Batu Lima,Sik
Waktu itu, kelihatan agak ramai yang berjalan kaki menuju ke sekolah. Awal. Memang awal. Jalan kaki. Memang berjalan. Paling canggih, berbasikal. Maklumlah, sekolah rendah. Kisah tertumpu kepada salah seorang yang berbasikal BMX (basikal idaman la waktu tu) menuju ke sekolah. Dia keluar rumah lebih awal dari biasa pada hari itu. Suatu kelainan. Jarak rumah dari sekolah yang kurang lebih 1 kilometer memaksanya untuk memiliki basikal kesayangannya itu hasil duit raya tahun lalu(1999). Berusia 12 tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR kurang lebih sebulan sahaja lagi.

Berbekalkan wang saku sebanyak RM2.00 setiap hari, dia singgah di sebuah kedai menjual nasi lemak. Dipesannya sebungkus. Lauknya sambal sotong kering. Memang kegemarannya dari dahulu. Kemudian, dia menyambung perjalanan ke sekolah. Tiba-tiba, mak cik si penjual nasi lemak hairan. Dia berpatah balik. Singgah semula ke kedainya. "Makcik, bagi nasik lagi sebungkuih. Lauk sama gak naa.Sambai sotong.", pesannya. Makcik itu bertanya, " Awat beli lagi satu?"... "Satg nak makan time sampai skolah satu. Pastu waktu rehat satu.", balasnya...

Lalu dia beredar ke sekolah. Kurang dari seminit, makcik itu terkejut mendengar satu bunyi pelanggaran. Kuat. Memang kuat. Orang di sekeliling terkejut menyaksikan kejadian itu. Budak itu dilanggar kereta Proton Wira. Biru gelap warnanya. Dia terpelanting jauh ke belakang. Hentakan kuat itu telah menyebabkan inertia lalu menerbangkan serpihan kaca dari cermin hadapan kereta itu lalu menusuk tubuh budak tadi. Kejadian berlaku betul-betul di hadapan kedai minyak petrol Karim.

Basikalnya terpelanting jauh ke belakang kereta. Namun, dia terpelanting lebih jauh ke belakang. Babak itu disaksikan semua yang ada di situ. Salah seorang sahabat karib budak itu bergegas ke rumah budak itu untuk memaklumkan kepada ibu bapa budak itu.

Sementera itu, budak itu sedang bertarung nyawa di tempat kejadian. Dia cuba berdiri. Menapak 2,3 langkah. Kemudian rebah terkulai semula. Terjelopok di tanah. Makcik itu berlari mendapatkannya dan memangku ke riba. Dicubanya untuk mengajar mengucap. Mulut budak itu terkumat-kamit. Ingin menyebut sesuatu. Perkataan 'mama' barangkali.

Kurang dari seminit, sebuah van Nissan [PBE3121] tiba di situ. Bapa budak itu yang memandu. Diangkatnya perlahan-lahan ke dalam van itu untuk dibawa ke hospital. 8 kilometer jauhnya. Si bapa dengan hati yang sebak menekan pedal minyak. Van dipandu bagaikan tiada brek. Hanya hon yang menggantikan suara 'beri laluan'...

Budak itu langsung dimasukkan ke Unit Kecemasan. Pada masa yang sama di rumah budak itu, si ibu yang dipanggil 'Mama' mhanya mampu menangis berdoa. Memohon agar tuhan menyelamatkan anaknya.

Namun, Innalillahiwainnailaihuraaji'un...

Ajal maut ketentuan Allah. Tiada apa yang mampu menghalang takdirnya. Setiap yang hidup itu pasti akan kembali. Hidup itu InsyaAllah, mati itu pasti. Budak itu meninggal dunia pada usia yang sangat muda. Salah satu cara Allah memberitahu bahawa, ajal tidak mengenal usia. Pemergiannya menjadi satu tragedi bagi seluruh warga sekolah.

Semoga Allah merahmati Abang Long. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang diredhaiNya. Saat jari ligat menaip, air mata mata laju merembes ke pipi. Meja kini basah dek air mata berlinangan. Tidak pernah sesaat aku melupakanmu. Kerana kau abang pertamaku. Kini, bebanmu di bahuku. Berat sungguh rasanya. Telah ku khatam Al-Qur'anmu agar kau aman di'sana'. Semua kenangan kita bermain di tubir mata. Segala gelak tawamu terngiang-ngiang di cuping telinga. Andai aku pergi, tunggulah aku di'sana'. Ingin sekali aku bertemu denganmu selepas aku bertemu denganNya.


*Al-Fatihah, buat Allahyarham Ahmad Afiffuddin Akmal Bin Ahmad Suhaimi. [1988-2000].

5 comments:

  1. harap bersabar.sumenye ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  2. sabar ye..ni sume ketentuan Illahi

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...kat sekolah dulu aku x pernah tahu pulak kisah pasal arwah abg hg nie...baca kat sini baru tau ..redha ini semua ketentuan ilahi..ALLAHUMMA FIRLAHU WARHAMHU WA'A FIHI WA'FU'ANHU,
    -Tok Mat

    ReplyDelete
  4. Ain :Alhamdulillah.. thanks..InsyaAllah :)
    Tok Mat: tima kasih kawan.. ada gak aku story kt mmber kdang2..tp x semua la.. xpa.ujian buat kita.

    ReplyDelete
  5. mr.o...
    be strong :)

    ReplyDelete