Ukhwah Fillah

Monday, July 4, 2011

YANG DAH JADI JERUK Bahagian 1 (Chamang)

Assalamualaikum dan salam ukhwah.
Sekian lama beta tak meng'update' blog beta ni, dah macam-macam benda beta nak kongsi. Ya! Macam-macam benda means BANYAK benda. So, first of all,beta nak ucap tahniah kat semua student Praktikal (Technical Training) UniKL MFI. You've done your best!! Tahniah. Tunggu la 17 Julai ni n kenrolled Degree in your own course.
Well, tajuk perbualan kita pada post kali ini ialah Perkelehan Ikhwah MFI ke Hutan Lipur Chamang, Bentong, Pahang.. Beta memang sangat tak sangka negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ni menyimpan khazanah negara yang cukup bernilai.
Air terjun yang sangat berani terjun dari jarak yang beta kira sangat tinggi untuk manusia terjun. Kalau ditenung lama-lama air terjun, sangat boleh menginsafkan sesiapa sahaja termasuk beta yang banyak khilaf ni... Betapa besar nikmat yang Allah bagi kat hamba-hambaNya.. Banyak kali Allah sebut dalam Al-Qur'an... "Maka nikmat tuhan manakah lagi yang kamu dustakan". Ya. Ayat ni terang Allah nyatakan dalam surah Ar-Rahman.Berulang. Bersyukurlah duhai insan.

Let's go to the stories.
[Aprisiasi]
Jazakallah khairan kasir kepada abang-abang JPM, RUHIS, dan siapa-siapa yang terlibat termasuk Encik Arif( Ketua Pengawal MFI) sebab bawak kami,sponsor kami, layan kami macam adik-adik abang sendiri.. Terima kasih abangs. Terharu beta yang sekian lama dah takde abang. Ayam lapan ekor yang abang sponsor tu, insyaAllah saham abang-abang sekalian. Selagi mana makanan yang kami makan tu ada dalam darah daging kami, kami sentiasa doa kat abang-abang. Moga-moga ukhwah yang kita bina atas kecintaan kepada Allah ni akan berkekalan sampai Allah gulung alam ni jadi padang mahsyar. Beta juga nak ucapkan terima kasih kat sahabat-sahabat lain yang senantiasa support beta whenever I am. Beta ada sangat ramai kawan. Tapi sahabat mmemang susah beta nak cari. Plus, sahabat yang macam beta ada sekarang. Pertama dan utama, beta sangat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana memilih beta dan hati-hati yang lain untuk join picnic ikhwah. Tempat yang sangat boleh membuatkan manusia berfikir betapa besarnya kuasa Allah dalam mencipta alamNya.

[Cemas]
Ya! Sangat cemas! beta sangat suka berenang walau beta tak setanding Daniel Biego. Ceritanya, sedang beta berenang kehulu kehilir macam penguin Malaysia, Amir Azrin jerit "Dobert, Dobert!!!" Then, I saw Adib screaming for help while Faris Hakim(Dobert) was drown. Ya Allah! Petanda apa yang Kau beri kali ni. Beta tak mahu cerita lanjut-lanjut kes lemas ni. Better ask them for their experience.. Kadang-kala Allah nak tunjukkan betapa Dia sayangkan hamba-hambaNya dengan pelbagai cara. Berfikirlah wahai manusia. Allah dah sayang kita, now it's time for us to show our truthfully love to Allah.. How? Think!.
Amir Azrin kena tinggal di Chamang. Ya! Memang! Tanyalah beliau. How does he felt...

[Selamat]
Alhamdulillah. Penat, selamat, enjoy, memorable picnic I ever had, good points to share. Time balik, Khairul Mu'min drive. Ya. Beta akui, beliau seorang yang sangat cekap dalam pemanduan di jalan raya. Safely arrived with the help from Allah to keep us safe going there and coming back.

Sekian sahaja post beta untuk entry kali ni.
Nantikan kemunculan Bahagian 2 yang ntah bila nak update.
sekian, jaga diri, jaga iman, jaga hati.
(Segala gambar dan bukti kejadian nanti beta uploadkan)

p/s : Jom Chamang..!! ;)

2 comments: