Ukhwah Fillah

Thursday, December 16, 2010

Apa Itu Hening...



Apa itu hening..
Perlukah meletak tanda soal,'?'?.
Kadangkala tak perlu...
Kerana bukan semua pernyataan macam tu satu pertanyaan.
Tapi itu bukan persoalannya.
Pertama dan selamanya,
Syukur Ya Allah.
Kau masih sayangkan hambaMu yang hina nan seorang ini.
Di kala ia celik matanya, masih terlintas di tubir matanya
kalimat Syahadah. Yang pasti, masih jelas di bibirnya.
LAAILAHAILLALLAH..

Di saat Kau masih memberi kekuatan menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada Yang Khaliq.
Di saat hidup ini penuh dengan maksiat dan fitnah.
Dalam ketika dunia sedang melawan arus fitrah..
Mengikut alunan merdu sang kebatilan..
Terlena dibuai mimpi indah dunia..
Di saat itu, di kala ini, pada ketika itu..
Kau masih sayang hambaMu..

Terima Kasih Allah...
Memberi aku satu pagi yang sungguh istimewa.
Satu pagi yang kukira damai jiwaku.
satu pagi yang kukira aman menyelimutiku..
Pagi yang penuh berhikmah..
Kau telah beri aku PAGI YANG HENING...
Permudahkanlah urusanku Ya Rabbul 'Aalamiin...

No comments:

Post a Comment