Ukhwah Fillah

Friday, January 30, 2009

Mengumpat...

Assalamualaikum...
Tajuk sesuai sangat dengan hidup kita..sedar atau x,kita selalu mengumpat.kadangkala perkara macam ni orang kata remeh.api kadang2 kita x sedar yang remeh tu la memudaratkan kita. Bak kata orang kenangan lama x usah dipandang.tapi perlu ditoleh untuk pengajarannya.
Raja Namrud yang zalim pada zaman Nabi Ibrahim a.s yang telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dibakar kerana memusnahkan berhala2 mereka.Raja Namrud mati disebabkan oleh seekor nyamuk yang kecil...
Berbalik kepada tajuk mengumpat,ada beberapa kisah pada zaman Rasulullah mengenai mengumpat.Cerita yang pertama ialah tentang Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq iaitu isteri baginda yang tercinta.Diriwayatkan,pada suatu hari,Aisyah datang berjumpa Rasulullah untuk meminta izin ke kenduri.Lalu diizinkan Rasulullah untuk tujuan tersebut tetapi Rasulullah meminta agar Aisyah mengisi mulutnya dengan air tanpa membuang air tersebut sehingga kembali ke rumah...Dengan taat Aisyah menuruti perintah suaminya itu...
Sekembalinya Aisyah dari kenduri tersebut,Rasululah menyuruh Aisyah meluahkan kembali ke dalam satu bekas kosong.Aisyah begitu terkejut kerana air yang berada dalam mulutnya itu bertukar menjadi darah merah kehitaman yang agak pekat...Lalu Aisyah bertanya kepada Rasulullah mengenai hal tersebut...Rasulullah bertanya kembali kepada Aisyah samada dia terdengar orang di kenduri tersebut mengumpat atau berkata mengenai keaiban orang lain.Lalu Aisyah menjawab "ada wahai Rasulullah".Kemudian Rasulullah berkata, "darah yang ada dalam mulutmu itu sebenarnya ialah darah orang yang diumpat oleh orang lain...".......
Di sini jelaslah bahawa mengumpat itu umpama memakan daging saudaranya sendiri.Justeru, hindarilah dari perbuatan mengumpat mahupun mendengarnya...
Semoga insan yang bergelar hamba ALLAH itu sama-sama menginsafi akan kisah yang berlaku.Kita x mungkin terlepas dari dosa dan noda syaitan...Oleh itu berdoalah kepada-Nya nescaya akan diampun dosa kita yang lalu.Sesungguhnya DOA ITU SENJATA BAGI MUKMIN...Moga-moga kita sama-sama beroleh rahmat dan keampunan daripadaNya untuk mencari keredhaanNya..
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment